Kuala Lumpur: Prihatin membantu komuniti kurang bernasib baik dan memerlukan, Yayasan Amal Maaedicare dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) berkerjasama membuka Klinik Amal Percuma yang menyediakan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan asas.

Pengerusi Kebangsaan BSMM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah berkata,klinik itu menawarkan perkhidmatan kesihatan secara percuma untuk semua rakyat setempat yang memerlukan.

Susulan itu, mereka menyasarkan 16 pembukaan klinik itu di seluruh negara dengan dua unit iaitu di Ipoh, Perak dan Kuala Lumpur sudah dibuka untuk kemudahan mereka memerlukan.

 

“Cadangan kita adalah untuk membuka sebanyak 16 (premis)di seluruh negara secara berperingkat di kawasan yang memerlukan dan kita mencari lokasi yang ramai warga B40 dan sebagainya.

“Kita sewa lokasi yang sedia ada.Ipoh sudah dibuka dan akan ada (dibuka nanti)Sabah,Sarawak,Kedah, Kuala Lumpur (akan ada kira-kira)empat hingga lima (premis)dan Kuantan, Pahang,” katanya pada pelancaran Klinik Amal Percuma di Wisma MAA Medicaredi sini,hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Maaedicare Charitable Foundation Tunku Datuk Yaacob Khyra dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tunku Puteri Intan Safinaz berkata,kerjasama itu juga satu inisiatif baru dalam sejarah BSMMyang menyambut ulang tahun ke-75.

Katanya,perkhidmatan itu dijangka dimanfaatkan kira-kira 3,800 pesakit di setiap klinik untuk tempoh setahun.

Klinik Amal Percuma menyediakan perkhidmatan perubatan asas secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana,sekali gus memudahkan akses rawatan perubatan untuk mereka yang menghadapi masalah kewangan.

Perkhidmatan yang ditawarkan di klinik itu ialah.

merawat penyakit akut dan kronik,pembedahan. Kecil (I&D, T&S, STO, Penyingkiran Bendasing, Avulsi Kuku), vaksin,pemeriksaan darah dan air kencing,nasihat pemakanan dan pemeriksaan ECG dengan waktu operasinya setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

 

 

Link: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/01/926753/klinik-amal-percuma-bantu-komuniti-memerlukan